Friday, December 15, 2017

Cara Mining Monero Dengan CPU ( Processor )

Mining

Cara Cara Setup Mining Dengan CPU

Moneromalaysia hari ini akan menyediakan tutorial / cara setup mining dengan cpu.Moneromalaysia masih lagi dalam proses untuk setup pool mining,dalam tutorial ini,admin akan mengunakan pool mining MoneroHash ( Pilihan admin )

MoneroHash Pool Mining Monero : - https://monerohash.com/

Tutorial disediakan khas untuk yang ingin mula mining monero ( new miners )

Pastikan anda sudah mempunyai Monero Wallet.Jika belum ada monero wallet boleh pilih

Monero Online Wallet ( MyMonero )
Offline Wallet ( GetMonero )

Langkah 1: Download Mining Software

Mining software diperlukan untuk anda mula mining monero.Terdapat pelbagai jenis mining software untuk monero.Dalam tutorial kali ini,admin pilih XmRig sebagai pilihan kerana lebih mudah

Download XMRIG 

Pastikan anda download gcc-win32 ( jika windows anda x86 ), gcc-win64 ( jika windows anda x64 )


Langkah 2 : Extract Xmrig Di PC

Pastikan anda mempunyai 7zip atau winrar diinstall di komputer anda.Right Click pada file yang anda download tadi dan pilih extract

Dalam folder xmrig tadi,terdapat 3 jenis file,
Config.json | Start.cmd | Xmrig.exe
Buka file config.json ( dengan notepad )
Baca dengan teliti,ini kerana hanya 3 jenis setting dalam config.json sahaja yang perlu diubah.Yang lain jangan usik..

Hanya perlu ubah :-

url :"monerohash.com:3333" ( pastikan tanda " jangan hilang )
user :"monerowalletaddress" ( yang ini penting,monero wallet anda ada address ,pastikan anda letak Monero Wallet Address anda sahaja.ini kerana pool mining tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tidak dapat apa apa earning atas kesalahan anda meletakkan wallet address yang betul )
"max-cpu usage"  : 75 ( max 90 )

Save config.json

Langkah 3 : Run Xmrig.exe

pastikan komputer / laptop anda mempunyai sambungan internet

Tahniah,Anda sudah mula mining monero dengan komputer anda.

Anda boleh semak status mining anda di monerohash.com

Hanya perlu paste wallet address anda bahagian "Your Stats & Payment History"


No comments:

Post a Comment